Sebelum memulakan tajuk ini kebiasaannya saya akan memulakan dengan sedikit ulangkaji tajuk sebelum ini yang berkaitan dengan tajuk sekarang. Tujuan utama selain sebagai set induksi, saya mahu mengesan sama ada pelajar saya mampu menukar pernyataan  matematik kepada ayat matematik dalam bentuk penulisan. Contonya ialah: "Jumlah sudut bagi sebuah segi tiga  ialah seratus lapan puluh darjah" ditulis sebagai a + b + c = 180, dan melukisnya,  melukis sudut-sudut acute, obtuse dan reflex..bagaimana sesebuah sudut itu dibentuk, agar lain kali apabila mereka melihat dua garis lurus bersilang, diantaranya ialah sebuah sudut. Saya menekankan kepentingan kemampuan menterjemahkan penyataan lisan kepada gambarajah sebagai asas menguasai konsep matematik. Ini adalah kemahiran asas matematik yang saya dapati ramai diabaikan oleh guru-guru.Di sepanjang pengajaran saya akan terus menekankan kepentingan ini di mana situasi yang bersesuaian. Beginilah caranya saya memulakan sesuatu pengajaran agar pembelajaran menjadi lebih bermakna dan pelajar menjadi seronok. Tidaklah hanya melihat nombor sekadar nombor, sudut sekadar garis-garis...