3rd Januari

Seban tahun selepas keputusan PMR dan di awal tahun hadapannya maka sibuklah ibubapa serta anak-anak mereka yang mencari-cari sekolah yang sesuai. Pemilihan sekolah berdasarkan matapelajaran elektif yang ditawarkan.

Sangat sayang ramai anak-anak ini yang tidak tahu atau tidak pasti arah tuju, keliru, dengar cakap kawan, ada yang baru nak fikir tentang kerjaya. Padahal selaku pelajar islam kita diajar untuk memikirkan matlamat hidup utama, khusus dan umum atau maksud pendeknya hidup ini mestilah berperancangan seperti yang tersirat dalam kata-kata "jika hari ini sama dengan semalam, maka hidupnya adalah sia-sia, jika hari ini lebih teruk daripada semalam, maka hidupnya adalah celaka, dan jika hari ini lebih baik daripada semalam maka hidupnya adalah beruntung,"  Dalam Surah Addzariyat:56 yang bermaksud: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu."

Ada yang lebih menyedihkan ialah di awal-awal persekolahan lagi telah mentah-mentah menolak sesuatu matapelajaran elektif atas alasan tidak minat, tidak boleh bawa dan lain-lain lagi. Ada juga yang telah pun setahun belajar di tingkatan 4, masih tidak tahu arah tuju.Ada yang kehendak anak dan ibu bapa bertentangan; masing-masing dengan alasan masing-masing. Yang menjadi mangsa adalah anak itu sendiri. Andaikata mereka telah membuat pilihan yang tepat maka puaslah hati tapi sekira sebaliknya maka hadapilah padahnya  sendiri. Apa-apa hal pun kedua-kedua keadaan, akhirnya anak ini jugalah yang kena hadapinya. Belajar, homework, ujian, peperiksaan, kerja kursus dan lain-lain. Dan yang lagi kasihan ialah apabila telah masuk ke IPT nanti baru sedar kesilapan pilihan yang dibuat.

Apakah punca bagi semua ini? Pada pandangan saya semua pihak, sekolah, ibubapa, anak-anak ini sendiri, sistem pendidikan, media. Sekolah yang sepatutnya memberi panduan dan nilai hidup dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, memfokus pada peperiksaan, sekolah yang sepatutnya fokus pada perkembangan seimbang ( rohani, emosi, intelek dan fizikal), fokus hanya pada satu, dua aspek ini saja. Sekolah sepatutnya memberi pendedahan tentang maksud kerjaya yang lebih luas iaitu kerjaya sebagai satu ibadah. Konsep ini perlu diperluas, dan diperhalusi.  Sekolah boleh juga buat lawatan ke beberapa fakulti di IPT dan bertemu dengan staff-staff yang berada disitu. Lawatan ke ladang, makmal, hospital dan lain-lain lagi.

Ibubapa juga sepatutnya memainkan peranan yang lebih luas dan lebih bertanggungjawab, bukan sekadar menghantar ke sekolah, bayar yuran, beli buku, hantar ke tuisyen. Corak hidup sudah berubah, maka peranan pun perlu berubah sesuai dengan perubahan corak kehidupan. Sebagai cadangan, dalam menentukan kerjaya anak-anak pendedahan ini perlulah dibuat ketika usia yang lebih muda lagi. Tidak cukup sekadar bertanya tentang apa nak jadi bila besar nanti. Ibubapa sudah boleh bawa anak-anak di peringkat sekolah  rendah lagi ke education fair yang diadakan beberapa kali setiap tahun. Walaupun ianya untuk pelajar lepasan SPM, tidak salah anak-anak ini mendapat pendedahan awal agar mereka mendapat direct information.

Dengan ini anak-anak kita bukan sahaja sudah mempunyai masa yang lebih lama untuk memikirkan tentang cita-cita mereka, malah mereka juga boleh membuat well-informed decision dengan lebih yakin.Wallahualam.