3rd Januari

Seban tahun selepas keputusan PMR dan di awal tahun hadapannya maka sibuklah ibubapa serta anak-anak mereka yang mencari-cari sekolah yang sesuai. Pemilihan sekolah berdasarkan matapelajaran elektif yang ditawarkan.

Sangat sayang ramai anak-anak ini yang tidak tahu atau tidak pasti arah tuju, keliru, dengar cakap kawan, ada yang baru nak fikir tentang kerjaya. Padahal selaku pelajar islam kita diajar untuk memikirkan matlamat hidup utama, khusus dan umum atau maksud pendeknya hidup ini mestilah berperancangan seperti yang tersirat dalam kata-kata "jika hari ini sama dengan semalam, maka hidupnya adalah sia-sia, jika hari ini lebih teruk daripada semalam, maka hidupnya adalah celaka, dan jika hari ini lebih baik daripada semalam maka hidupnya adalah beruntung,"  Dalam Surah Addzariyat:56 yang bermaksud: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia selain untuk beribadah kepadaKu."

Ada yang lebih menyedihkan ialah di awal-awal persekolahan lagi telah mentah-mentah menolak sesuatu matapelajaran elektif atas alasan tidak minat, tidak boleh bawa dan lain-lain lagi. Ada juga yang telah pun setahun belajar di tingkatan 4, masih tidak tahu arah tuju.Ada yang kehendak anak dan ibu bapa bertentangan; masing-masing dengan alasan masing-masing. Yang menjadi mangsa adalah anak itu sendiri. Andaikata mereka telah membuat pilihan yang tepat maka puaslah hati tapi sekira sebaliknya maka hadapilah padahnya  sendiri. Apa-apa hal pun kedua-kedua keadaan, akhirnya anak ini jugalah yang kena hadapinya. Belajar, homework, ujian, peperiksaan, kerja kursus dan lain-lain. Dan yang lagi kasihan ialah apabila telah masuk ke IPT nanti baru sedar kesilapan pilihan yang dibuat.

Apakah punca bagi semua ini? Pada pandangan saya semua pihak, sekolah, ibubapa, anak-anak ini sendiri, sistem pendidikan, media. Sekolah yang sepatutnya memberi panduan dan nilai hidup dalam amalan pengajaran dan pembelajaran, memfokus pada peperiksaan, sekolah yang sepatutnya fokus pada perkembangan seimbang ( rohani, emosi, intelek dan fizikal), fokus hanya pada satu, dua aspek ini saja. Sekolah sepatutnya memberi pendedahan tentang maksud kerjaya yang lebih luas iaitu kerjaya sebagai satu ibadah. Konsep ini perlu diperluas, dan diperhalusi.  Sekolah boleh juga buat lawatan ke beberapa fakulti di IPT dan bertemu dengan staff-staff yang berada disitu. Lawatan ke ladang, makmal, hospital dan lain-lain lagi.

Ibubapa juga sepatutnya memainkan peranan yang lebih luas dan lebih bertanggungjawab, bukan sekadar menghantar ke sekolah, bayar yuran, beli buku, hantar ke tuisyen. Corak hidup sudah berubah, maka peranan pun perlu berubah sesuai dengan perubahan corak kehidupan. Sebagai cadangan, dalam menentukan kerjaya anak-anak pendedahan ini perlulah dibuat ketika usia yang lebih muda lagi. Tidak cukup sekadar bertanya tentang apa nak jadi bila besar nanti. Ibubapa sudah boleh bawa anak-anak di peringkat sekolah  rendah lagi ke education fair yang diadakan beberapa kali setiap tahun. Walaupun ianya untuk pelajar lepasan SPM, tidak salah anak-anak ini mendapat pendedahan awal agar mereka mendapat direct information.

Dengan ini anak-anak kita bukan sahaja sudah mempunyai masa yang lebih lama untuk memikirkan tentang cita-cita mereka, malah mereka juga boleh membuat well-informed decision dengan lebih yakin.Wallahualam.

Psikologi Islam

Baru saja menghadiri kursus inhouse serta memberi kursus kepada muallim dan muallimah. Dapat menerangkan kepada guru tentang kerangka Islam dalam melihat fitrah manusia serta pedebatan antara anasir-anasir yang menyumbang kepada lahirnya sesuatu tingkahlaku bersandarkan Al-Quran dan Hadis. Anasir-anasir perdebatan ini datangnya daripada ilmu psikologi barat. Kunci utama kepada terbentuk sesuatu tingkahlaku ialah faktor ruhhi yang pada asalnya ditiupkan kedalam setiap manusia ketika masih di rahim ibunya. Kemudian unsur ruhhi ini juga yang apabila disuburkan keimanannya menjadi penentu kepada lahirnya tingkahlaku salih atau sebaliknya. Lihat Surah Al-Anfaal 8:(2-4)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfaal 8:2)
 
Iaitu orang-orang yang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. (Al-Anfaal 8:3)
 
Iaitu orang-orang y
Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat-pangkat yang tinggi di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di Syurga). (Al-Anfaal 8:4) 
ang mendirikan sembahyang dan yang mendermakan sebahagian dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka. ()

Sebelum memulakan tajuk ini kebiasaannya saya akan memulakan dengan sedikit ulangkaji tajuk sebelum ini yang berkaitan dengan tajuk sekarang. Tujuan utama selain sebagai set induksi, saya mahu mengesan sama ada pelajar saya mampu menukar pernyataan  matematik kepada ayat matematik dalam bentuk penulisan. Contonya ialah: "Jumlah sudut bagi sebuah segi tiga  ialah seratus lapan puluh darjah" ditulis sebagai a + b + c = 180, dan melukisnya,  melukis sudut-sudut acute, obtuse dan reflex..bagaimana sesebuah sudut itu dibentuk, agar lain kali apabila mereka melihat dua garis lurus bersilang, diantaranya ialah sebuah sudut. Saya menekankan kepentingan kemampuan menterjemahkan penyataan lisan kepada gambarajah sebagai asas menguasai konsep matematik. Ini adalah kemahiran asas matematik yang saya dapati ramai diabaikan oleh guru-guru.Di sepanjang pengajaran saya akan terus menekankan kepentingan ini di mana situasi yang bersesuaian. Beginilah caranya saya memulakan sesuatu pengajaran agar pembelajaran menjadi lebih bermakna dan pelajar menjadi seronok. Tidaklah hanya melihat nombor sekadar nombor, sudut sekadar garis-garis...

Hari Pertama Memasuki Kelas 2011

Bersandarkan kepada Hadis Nawawi yang pertama "Setiap amal didahului dengan niat", maka dengan hati penuh ikhlas dan bersih saya menginginkan anak-anak murid mendapat ilmu yang barakah.

Seperti tahun-tahun yang lalu, saya biasa memulakan sesi pertama setiap matapelajaran dengan memperbetulkan niat anak-anak murid serta saya dengan memahamkan matlamat, organisasi matapelajaran serta harapan dan tingkah laku yang diharapkan daripada pelajar.

Untuk matapelajaran Matematik saya mengutarakan bahawa dengan mempelajarinya kita dapat memahami, merasai dan menghayati kebesaran Allah swt. Dengan contoh seperti perbandingan hidup di dunia dengan di akhirat pelajar dapat menyedari bahawa hidup di dunia ini pendek dan di akhirat sangat jauh lebih lama. Seumpama merasai kekalnya hidup di sana. Dengan itu seharusnya berusaha menyediakan diri untuk hidup di sana dengan memperbanyakkan ibadah di dunia. Satu hari di akhirat bersamaan 1000  hari di dunia. Dalam catatan matematik 1: 1000.

Matlamat kedua ialah mempelajari matematik dengan bermakna iaitu memahami konsep, mengaplikasi konsep dalam pengiraan, memahami langkah-langkah mengira, dan mengapa langkah mengira tersebut diambil. Untuk merasainya pelajar perlulah membuat latihan yang berterusan dan berstrategi hasil pemilihan latihan tertentu. Jikalau orang biasa sebut bahawa untuk pandai dalam Matematik perlu membuat banyak latihan, saya kurang bersetuju kerana saya dapati murid saya yang berbuat begitu, tidak banyak yang dapat difahami walaupun dapat mengiranya dengan betul. Hanya mereka yang membawa hatinya bersama ketika membuat latihan atau pun belajar sahaja, yang mendapat pembelajaran matematik yang bermakna. Terdapat pelajar saya menyatakan bahawa pada mulanya susah tetapi apabila memahami apa yang mereka lakukan, barulah merasai keseronokannya.

Matlamat seterusnya ialah mendapat "A" yang sebenar iaitu "A" yang dihasilkan daripada mempelajari secara di atas, usaha yang berterusan, persediaan dari awal. Maka dengan itu dapat dirasakan nikmat belajar, rasa kesyukuran  dan kepuasan yang sentiasa dikenang.

Saya nyatakan kepada pelajar saya bagaimana saya akan mengurus pembelajaran matematik mereka. Pertama sekali saya maklumkan bahawa bilangan tajuk yang perlu dihabiskan selewat-lewatnya bulan Julai, iaitu sebelum datangnya peperiksaan percubaan PMR. Saya kongsikan bersama pelajar saya bahawa saya perlu mengajar pada kadar yang laju bagi tujuan itu. Tetapi saya tidak abaikan pelajar saya yang kurang memahami. Dengan itu saya juga akan menggunakan masa kelas tambahan. Saya ingatkan mereka supaya memastikan kehadiran pada kelas tersebut. Di tahun yang lalu, ada sahaja alasan yang diberikan oleh murid untuk tidak hadir seperti adanya kelas tution, balik kampung serta tiada pengangkutan. Ini saya jelaskan kepada murid saya agar mereka bersedia.

        Saya mengkomunikasikan kepada murid saya tentang kelajuan saya mengajar supaya mereka bersedia menyambut dengan sikap yang rajin agar mereka tidak keciciran. Saya tahu akan ada saja pelajar yang malas, tapi itulah harapan saya, demi kebaikan semua pihak.

Dipihak saya pula saya perlu lebih bersedia dalam persediaan mengajar agar pengajaran saya lebih berkesan. Saya akan pastikan kesemua latihan pelajar ditanda dan dipulangkan pada masa yang sepatutnya supaya mereka dapat melihat hasil kerja mereka.

Sekian, semoga Allah memberkati segala usaha.


Refleksi Diri:

Selaku seorang pendidik yang telah lama berkhidmat, saya perlu memikirkan sumbangan pembelajaran matematik dalam membentuk sikap dan personaliti pelajar saya. Saya seharusnya berpandangan jauh; melangkaui ruang lingkup bilik darjah, melebihi keputusan peperiksaan PMR. Cukuplah daripda sekadar mengajar untuk makan gaji sahaja, cukuplah daripada berpuas hati dengan pelajar saya mendapat keputusan cemerlang… Saya seharusnya memikirkan matlamat pendidikan jangka panjang iaitu membentuk generasi yang mampu berfikir secara kritis, mampu membuat keputusan yang munasabah dalam kehidupan dan sebagainya. Bagi saya ianya tidak rugi meluangkan masa untuk ini. Inilah yang mendorong saya mengambil masa untuk menerangkan perancangan dan matlamat matapelajaran ini serta harapan pada pelajar-pelajar saya pada awal-awal tahun.
Wallahualam.

About this blog

About Me

My photo
Pendidik di SRIHira', SMIHira', SMSriKL, Menjawat pelbagai jawatan daripada guru biasa hingga ke pengetua

Labels

Followers